Monday, January 16, 2017

Test #2 Gambar Freestyle


KD GANAS sebuah kapal dari Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Pertama bagi TLDM. Skuadron ini terdiri daripada empat buah kapal iaitu KD PERDANA, KD SERANG, KD GANAS dan KD GANYANG. Kontrak pembinaan kapal telah dianugerahkan kepada firma Constructions Mechanique de Normandie (CMN), Cherbourgh, Perancis pada tahun 1970. Kapal ini dikenali sebagai Kelas PERDANA yang dilengkapi dengan sistem peluru berpandu EXOCET MM 38.

Test #1 Bacaan Doa


Pada tahun 2004, satu kajian yang dilaksanakan mendapati KD GANAS wajar diturunkan taraf kepada Kapal Ronda Laju. Kertas kerja tersebut telah diluluskan pada tahun 2006 dan KD GANAS berserta KD SERANG telah dikeluarkan daripada Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Pertama. Kedua-dua kapal telah diserapkan ke dalam Skuadron Kapal Ronda Laju Ke-6 bersama-sama KD PAUS, KD JERONG, KD TODAK, KD BAUNG, KD PARI, dan KD YU. Pada 28 Jul 07 KD GANAS telah diletakkan di bawah pemerintahan Markas Wilayah Laut 2.